Go Around dan Rakaat Solat

Artikel 57: Go Around dan Rakaat Solat
1. Bagi setiap penerbangan, pendaratan adalah penamatnya. Bagi kebanyakan penumpang, pendaratan yang baik, petunjuk kepada penyudah suatu penerbangan yang baik.
2. Bagi solat pula, salam adalah rukun yang kedua belas dalam solat. Tertib pula ialah rukun yang terakhir. Setelah kita yakin solat kita sempurna barulah salam diberikan sebagai penutup solat.
3. Semasa pesawat bersedia untuk mendarat, ada 9 kriteria yang perlu dipenuhi bagi melakukan suatu pendaratan yang baik. Kriteria ini dipanggil ‘Stabilised Approach’. Jika salah satu kriteria ini tidak dipenuhi, pilot perlu ‘Go Around’ dan memilih untuk melakukan cubaan pendaratan semula.
4. Semasa solat, ada 3 jenis rukun yang perlu kita penuhi. Ia adalah Rukun Qauli (kata-kata), Rukun Fi’li (perbuatan) Rukun Qalbi (hati). Jika salah satunya tidak dipenuhi, maka cacatlah rakaat tersebut. Kita boleh memilih bangun semula dan menambah satu rakaat lagi bagi memperbaiki rukun solat kita.
5. Tiada had bagi melakukan ‘Go Around’ dan cubaan mendarat melainkan jumlah minyak yang dibawa.
6. Tiada had bagi bangun dan melakukan semula raakat melainkan terbatalnya wuduk.
7. Seorang pilot yang baik, perlu fokus dan penuhi 9 kriteria stabilised approach.
8. Seorang muslim yang baik, perlu fokus dan memberi tumpuan kepada 3 rukun dalam nombor 4. Terutama sekali ialah Rukun Qalbi.
Pic: Kokpit Boeing 737-800
#Sekain

#ThePilot 

Advertisements

5 Petua Menyimpan Duit Bagi Orang Yang Susah Menyimpan 

5 Petua Menyimpan Duit Bagi Orang Yang Susah Menyimpan — Tazkirah.nettazkirah.net | November 10

  
Pada masa kini, terutamanya orang muda apabila ditanya tentang simpanan, boleh dikatakan ramai anak muda yang tidak mempunyai simpanan. Mereka merasakan ia sesuatu yang susah dan mustahil untuk dilakukan.
Apatah lagi, pada masa kini, taraf hidup yang tinggi, membuatkan aktiviti menyimpan itu sangat susah dilakukan. Andai diperhatikan, sangat kurang kempen kesedaran tentang menyimpan diwar-warkan.
Ini boleh dilihat daripada papan-papan iklan di tepi lebuhraya, di banner berhampiran lampu trafik, dan iklan-iklan dalam pusat membeli-belah, media sosial. Kesemuanya menggalakkan kita untuk berbelanja.
Jarang sekali ada iklan mengingatkan untuk untuk menyimpan.
Hatta bank-bank, along-along dan pemiutang mengingatkan kita untuk membayar hutang. Mereka telefon dengan bertujuan untuk memberi peringatan agar kita membayar hutang mereka tepat pada masanya. Tidak pernah ada pihak bank, along atau pemiutang telefon dan mengingatkan kita,
“Encik Haris sudah simpan duit?”
“Cik Puan Irma sudah berapa banyak simpanan?”
“Muaz sudah ada simpanan berapa ratus ribu?”
3 Kepercayaan Karut Tentang Menabung
Lebih meruncing lagi apabila masyarakat kita berpegang dengan pelbagai kepercayaan karut tentang menabung.
Sedangkan Islam sendiri mengalakkan agar umatnya menyimpan untuk kegunaan kita pada hari muka yang memerlukan seperti pengajaran yang Allah gambarkan di dalam surah Yusuf,
#1 – Tiada Duit Untuk Simpan

Hakikatnya tiap orang boleh menyimpan. Andai tidak mampu simpan dengan nilai yang besar, letakkan peratus paling kecil dan nilai paling rendah.
Kata-kata adalah antara salah satu bentuk doa. Justeru, tidak hairan mengapa kita tiada duit untuk simpan, kerana kita selalu cakap, ‘kita tiada duit untuk simpan’.
#2 – Simpan Untuk Kecemasan

Apa yang kita niatkan boleh menjadi doa yang paling kuat untuk dimakbulkan. Sesungguhnya kekuatan dalaman lebih kuat daripada kekuatan luaran. Oleh sebab itu penting menjaga niat.
Segarkan niat daripada ‘simpan untuk kecemasan’ kepada ‘simpan untuk meningkatkan kekayaan’. InsyaAllah itu yang akan berlaku apabila kita niatkan simpan untuk membina kekayaan.
#3 – Simpan Dengan Niat Hendak Digunakan Semula

Ia adalah suatu perkara yang biasa terjadi bagi mereka yang sudah mula menyimpan. Segalanya tertakluk kepada displin. Duit akan pergi kepada mereka yang bertanggungjawab.
Semakin kita tidak bertanggungjawab dengan duit kita, duit tidak akan suka dengan kita. Seperti kita ada anak perempuan yang mahu keluar pada pukul 2 pagi, pasti kita halang. Kita prihatin dengan anak kita. Begitu juga penting mempraktikkan ia dalam perihal kewangan.
5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan
Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.
#1 – Simpan Si Hijau

Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.
#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.
#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.
#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.
#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.

Auckland, New Zealand

Pada 13 Dis 1642, Abel Tasman seorang pelayar berbangsa Belanda telah sampai ke South Island New Zealand.
Beliau merupakan orang Eropah yang pertama tiba di sini. Beliau menamakannya Staten Island pada petanya (di simpan di State Lybrary of NSW Australia), Beliau menyangka ia adalah sebahagian dari Argentina, South America.

Namun nama itu tidak diguna pakai oleh kolonial Inggeris. Mereka merubah dari nama Nova Zeelandia diberi oleh orang Belanda, menjadikannya New Zealand, satu nama yang lebih “English”.

Sebelum itu beliau berlabuh di sebuah pulau yang pada hari ini dinamakan sempena namanya Tasmania.  

Pada hari ini 31 Dis 2015, saya kaki di sini. Ia satu tempat yang ingin saya lawati kerana banyak bentuk muka bumi dan pemandangan alam semula jadi yang menarik.

Walaupun hanya 36 jam berada di sini, cuacanya dan udaranya yang segar dan nyaman, berjaya memikat hati saya.

Tugas Kapten dan Co-Pilot

Krew penerbangan atau lebih tepat lagi teknikal krew bagi Airlines, ialah kapten dan sekurang-kurangnya seorang co-pilot.

Kedua-duanya adalah juruterbang. 

 Mereka berperanan perlu mampu menerbangkan pesawat dan juga menguruskan penerbangan. 

Lagipun, jika sesuatu berlaku kepada kapten, co-pilot perlu mengambil alih. Walau bagaimanapun, peranan ini tidak sama. 

Kapten memikul tanggungjawab lebih daripada co-pilot, walaupun mereka berkongsi tugas semasa penerbangan.

Kapten bertanggungjawab untuk penerbangan, anak-anak kapal , penumpang dan pesawat. 

Dia perlu memastikan bahawa semua pemeriksaan yang perlu dibuat sebelum , semasa dan selepas penerbangan. 

Biasanya, dia bertanggungjawab untuk memeriksa laporan cuaca , senarai semak keselamatan, perancangan penerbangan dan terbang pesawat ke destinasi.

Juruterbang juga perlu melaporkan sebarang isu atau perubahan semasa penerbangan , sentiasa mendengar dan mengambil perhatian terhadap radio komunikasi daripada kakitangan kawalan trafik udara dan menyesuaikan rancangan penerbangan jika diperlukan. 

Kapten tidak semestinya hanya mewakilkan tugas-tugas rutin untuk co-pilot beliau.

Kedua-duanya akan berkongsi semua tugas, termasuk menerbangkan pesawat. Dalam keadaan kecemasan, kapten boleh menyerahkan semua tugas-tugas rutin untuk co-pilot semasa dia menguruskan keadaan kecemasan.

Tiada tugas penerbangan yang khusus untuk pembantu co-pilot , atau pegawai pertama, tidak boleh atau tidak boleh melakukan , walaupun kapten akan mengarahkan tanggungjawab tertentu kepada co-pilot bagi setiap penerbangan. 

Biasanya, dua tugas penerbangan dikongsi bersama, walaupun pembantu juruterbang mungkin bertanggungjawab untuk menguruskan radio komunikasi dan komputer navigasi.

Dalam penerbangan yang lebih panjang, seorang pembantu juruterbang mungkin bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai “Commander” apabila kapten berehat seperti yang dijadualkan, atau mereka boleh beralih tanggungjawab untuk terbang dan tugas-tugas lain pada setiap segmen penerbangan.

Co-pilot juga akan mengambil alih peranan kapten, jika kapten menjadi sakit atau tidak berupaya untuk bertugas.

Kesimpulannya, co-pilot adalah juruterbang yang mengambil pengalaman untuk menjadi kapten, apabila bersedia dengan jumlah jam penerbangan yang mencukupi, dan terdapat kekosongan jawatan kapten di dalam Airline di mana beliau bekerja.

Ayers Rock

   
 
Baru-baru ini saya bertugas dari Syd ke Kul. Cuaca baik untuk melihat dari pandangan atas Ayers Rock atau Uluru.

Gambar pertama dari lensa saya. Gambar kedua dari https://emmakellydooz.wordpress.com/tag/ayers-rock/

Saya belum berpeluang mengunjunginya lagi. Saya kongsikan tulisan peemon.wordpress di sini:

Ada sesuatu yang amat mengujakan dan mistik mengenai Uluru (Ayers Rock). Apabila matahari terbit dan terletak betul-betul di ufuknya, sinar cahaya yang menerangi muka bumi pada ketika itu merupakan simbol kepada Australia Selatan.
Dalam masa yang sama juga ianya merupakan penanda sempadan mukabumi bagi Australia kerana ianya dapat dilihat dengan jelas dari jauh, walaupun anda melihatnya daripada atas kapal terbang!
Formasi batu-batuan besar Ayers Rock mempunyai ketinggian 862.5 meter daripada aras laut, 1394 km daripada bahagian selatan Darwin dan 464km daripada barat daya Alice Springs, ianya terletak di tengah-tengah kawasan gurun.
 Orang asli telah lama menganggap kawasan ini sebagai tempat suci dan tidak menggalakkan pelancong untuk mendaki batu-batuan yang terdapat di sini. Ramai juga yang menganggap banyak batu-batu di sini telah lenyap disebabkan oleh hakisan..

Tinggal di dalam AIRPORT?

Bagi mereka yang hobinya sukakan kapal terbang, ini pasti syurga, tinggal di dalam airport! 

Percaya atau tidak, penghuni rumah ini tinggal di tengah tengah lapangan terbang Narita!

Kerajaan Jepun terpaksa mengalah dan tidak dapat meneruskan projek membina landasan ketiga gara gara pemilik rumah ini. 

Undang undang di Jepun agak unik kerana tidak boleh memaksa rakyatnya berpindah daripada tempat tinggal mereka. 
Mereka menghormati hak rakyat.

  
 

16062015

Semalam aku ke pejabat agama islam Hulu Langat. Hajat nak dapatkan beberapa dokumen rasmi. Bila Ustazah di situ buat carian, Ustaz Baharuddin pegawai yang bertugas memberi khidmat nasihat kekeluargaan untuk diriku telah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Seperti novel, aku sendiri tidak pasti, bagaimanakah akan berakhirnya kisah hidupku ini..

Pagi ini Faiq siapkan order Aiskrim. Aku sampai di Hentian lepas tengah hari. Sangat puas hati dengan prestasi Faiq harini! Bersih dan kemas!

Malam ini, selepas buat penghantaran ke Damansara, aku terkenang kaki freezer yang patah. Freezer yang dah banyak berjasa padaku. Mana taknya, mana saja aku pindah dia Setia menemani. Diangkut dari KL ke Prima Saujana, kemudian ke studio ku di Taman Putra, dan sekarang di Hentian Kajang..Sedih tapi senyum lagi.. 🙂

 #ThePilot #Lifeisajourney